BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 6, 2009

Antara kualiti dan pengisian sesebuah filem





Allop...thanks to all readers...untuk post pada kali ini, saya ingin memperkatakan sedikit mengenai isu 'Antara kualiti dan pengisian sebuah filem'.

To all readers,
Aliran serta trend dunia perfileman tempatan nampaknya sudah beralih angin. Demam cerita seram semakin menjadi-jadi. Banyak pengusaha filem tempatan berkejar-kejar menebitkan bertimbun-timbun cerita seram.

Terdetik di hati saya untuk melihat trend yang semakin hangat ini. Kenapa?
herm...
suka saya bercerita sedikit kenangan semasa kecil dulu. Sekiranya kita masih ingat, kanak-kanak kecil selalu dimomokkan dengan kisah seram mengenai pelbagai jenis hantu. Haha...ketawa kecil jika di kenangkan kembali.

Tapi setelah dewasa, kita tahu bahawa semua cerita tersebut adalah kisah tahyul semata-mata.
Sebagai seorang Islam sudah tentu syirik sekiranya kita percaya bahawa kuasa ghaib tersebut boleh memudharatkan kita.

Apabila saya melangkah ke bangku persekolahan, memasuki sekolah berasrama penuh (SMKA Slim River) saya dididik dengan asuhan agama yang sama sekali menolak kepercayaan karut serta kepercayaan tahyul yang mengatakan kewujudan hantu.

Sebagai umat Islam, kita mesti wajib percaya kewujudan alam ghaib, kejadian jin dan manusia. Tapi kita perlu percaya serta beriman bahawa hanya Allah sahaja yang mempunyai kuasa atas segala yang ada di muka bumi serta seluruh semesta yang dicipta Allah ini.

Saya juga dapati semasa tempoh saya membesar, orang-orang sekeliling saya tidak lagi memomokkan anak-anak kecil dengan kisah hantu bodoh dan seangkatan dengannya.

Orang kampung saya kata "Orang bodoh je percaya benda tahyul ni. Kalau betul hantu boleh bunuh manusia, takde keje la polis kat dunia ni, tak wujud la bom atom, sume pakai santau atau setan je bila nak bunuh orang jahat"

Haha...yang cakap tu bukan orang yang belajar tinggi tau! =)

Tapi apa yang menjadi perhatian saya, pada hari ini, kewujudan filem seram, drama seram, lawak seram dan sebagainya semakin menjadi-jadi.

Persoalannya ialah, Mengapa penerbitan cerita seram sudah menjadi trend di negara kita????

Sudah banyak pihak mempertikai mengenai penghasilan filem seram dan drama seram yang terlalu banyak malah dianggap bukan karya bermutu dan merosakkan imej sinema Malaysia, hinggakan filem seram dilihat semakin tidak menarik sebaliknya menjadi cerita lucu pula. Ada pihak yang seolah-olah rimas trend filem seram yang membantutkan penghasilan filem dalam genre lain.

Saya telah membaca petikan kata-kata pengarah Shuhaimi Baba yang memberi alasan kononnya "program itu ialah kebanjiran filem seram adalah cuma satu trend ketika masyarakat kita memang menggemari kisah mistik, dunia hantu dan apa saja berkaitan fantasi. Ini berkait dengan dunia Melayu dan alam Nusantara yang kaya dengan cerita hantu yang disampaikan secara tradisi lisan. Malah, puluhan jenis nama hantu muncul dalam masyarakat Melayu sejak dulu dan disampaikan secara mulut ke mulut sedangkan ramai di antara kita tidak pernah pun melihat hantu".

Ingin saya nyatakan dalam blog saya, pada pendapat saya, kita pada hari ini seolah-olah mundur dalam pentafsiran idea melalui seni perfileman.Peranan teater atau filem adalah bertujuan untuk mendidik penonton bukan hanya sekadar hiburan kosong.

Sebagai contoh, saya sangat suka menonton filem Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee.Kelalakar, seram, sedih...cukup adunan perisa dalam setiap filem beliau. Tetapi penuh dengan unsur nasihat serta sindiran terhadap masyarakat.

Suka saya memetik dialog beliau dalam filem "Ahmad Al-Bab".

Shawal: Ya posto jemput minum dulu
Posto: Tak boleh
Shawal: Kenapa
Posto: Rasuah!
Shawal: Owh yea tak yea...bagus2!

Hahaha mudah...sambil berhibur sambil mendidik! =)

So kepada suhaimi baba, ahmad idham, david teo, razak mohaidin....cuba lagi yea =)

Have a nice day!


An Opening =) Have a nice visit


Assalamualaikum...


this is my first blog. This blog open to everyone voice out their opinion or idea or maybe you can just post anything like future event so everyone can join yours =)

In my first post i also would like to wish "GOOD LUCK GP BRAWN"

haha...

Have a nice day =)